Bipang Kacang
Sejarah pembuatan Bipang Kacang oleh kami bermula pada tahun 2009 dimana kami telah medapat ilmu dan ajaran daripada Tok Salmah yang berasal daripada Bagan Dalam Butterworth Pulau Pinang. Bipang ini menggunakan Kacang Tanah dan Bijan yang telah di bakar dan kemudian disira gula. Pada tahun yang sama kami telah mendapat pesanan sebanyak 500 balang Bipang Kacang yang mana ada diantaranya adalah untuk sajian hari raya.
Bermula pada saat itu kami mula mendapat tempahan tidak kira sama ada ianya musim perayaan atau pun tidak, komen pelanggan-pelanggan kami adalah, apabila sudah makan satu dan seterusnya tidak dapat berhenti menjamu.
Setelah mendapat keyakinan yang Bipang Kacang ini boleh dimakan tidak kira masa, kami mula menyediakan Bipang Kacang ini dalam bentuk paket seberat 20 gram dimana kami telah mula menjual di kedai-kedai makan yang terpilih di sekitar Shah Alam dan Alor Gajah, Melaka, inshaallah kami akan luaskan kawasan pengedaran kami dari semasa ke semasa dengan sokongan daripada para pelanggan-pelanggan semua.
Selain daripada itu kami juga telah melancarkan satu resepi Bipang baru iaitu Bipang Almond, ianya dibuat daripada 100% Kacang Almond dan Bijan yang telah di bakar. Buat sementara ini Bipang Almon hanya untuk tempahan balang sahaja.
Harga Kami adalah sebanyak RM20.00 Sebalang 500 gram bagi Bipang Kacang Dan RM25.00 bagi 500 gram Bipang Almond. Boleh di Tempah Pada bila-bila masa di no tel 016-248 6665 (Razz Food And Beverage). Kami sekarang telah beroperasi semula di Alor Gajah, Melaka. Bagi mereka yang hendak menjadi agen ataupun wakil pengedar, kami ada menyediakan plan dan harga yang menarik untuk menjana pendapatan sambilan.